BAIKLAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHARGAI, dengan tidak melengahkan masa marilah kita ikuti carta top 10 senggol-senggolan kita hari ini yang merupakan satu pengakuan istimewa kaum perempuan untuk diperhatikan dengan penuh teliti lagi berhemat oleh kaum lelaki iaitu satu pengakuan dari satu luahan rasa yang mewakili kaum Hawa tentang...
                   1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..
2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai       memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang       rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi       kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga       jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul       susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala       bisa.
   
                   3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu bukan kebebasan       yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .       Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum   perempuan berhak       untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey       kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.  Jika hendak melarang pun,       gunakanlah suara selembut bayu.
   
                   4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak       mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami.       Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,   mereka       bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan       begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah       mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu,       sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!
   
                   5. LELAKI YANG WANGI -
Ini adalah seimbang dengan       fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung       kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi       perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang       kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah       lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam       botol minyak wangi.
   
                   6. LELAKI YANG PEMURAH - 
Dalam erti kata yang lain,       lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang       ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik       untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok       yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang       dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan       lain.
   
                   7. LELAKI YANG TIDAK KISAH - 
Iaitu lelaki yang tidak       ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh       ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk       dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi       kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan       sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita       tu..!!
   
                   8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU - 
Inilah ciri-ciri lelaki yang       amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang       amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang       mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila   mereka mula       bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan       bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah       berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu       menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!
   
                   9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN - 
Apabila seseorang lelaki itu       bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita       pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau         undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat       memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak       dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik.       Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak       balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..
   
                   10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - 
ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang berbunyi...
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment